Saturday, October 3, 2009

Bencana alam





Sekurang-kurangnya beratus-ratus penduduk di samoa dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat.Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.mereka menghadapi kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 telah melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa.

Reka bentuk telefon masa hadapan






KECANGGIHAN teknologi telah merevolusikan satu kaedah penciptaan telefon yang canggih dan mungkin telefon ini bakal digunakan pada masa hadapan. Telefon selular tidak hanya digunakan untuk berhubung, menerima atau menjawab pesanan (mesej), tetapi teknologi ini juga telah menjadi pemangkin kepada landasan baru berkreatif, dimana telefon selular boleh memiliki pelbagai fungsi untuk kebaikan kepada pengguna. Seperti gambar yang dipaparkan menunjukkan bahawa telefon tersebut mempunyai multi fungsi sehinggakan mampu untuk memberi info cuaca dan tidak perlu menaip kerana semuanya bagai dihujung jari. Selain itu reka bentuk telefon yang menarik dan amat nipis. Oleh itu, perkembangan teknologi yang pesat bagai tanpa penghujung ini memerlukan penciptaan dan kajian terhadap produk dengan mengambil tempoh masa yang agak lama, dengan ini..pihak kerajaan perlu menggalak lebih ramai pelajar dalam bidang teknologi agar negara ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan teknologi.

Manusia yang luar biasa..




Kim Ung-yong merupakan seorang yang mempunyai IQ yang paling tinggi di dunia, dia memasuki Universiti ketika umur 4 tahun dan menamatkan Ph.D pada umur 15 tahun. Dia dilahirkan pada tahun 1962 dan mungkin Kim Ung-yong merupakan orang yang paling bijak di atas muka bumi ini yang masih hidup. Ketika umur 4 tahun, dia mampu membaca bahasa Jepun, Korea, German, dan English dan ketika hari jadinya yang ke-5, dia telah berjaya menyelesaikan masalah integral calculus yang amat sukar. Selepas itu, dia menunjukkan demotraksi dalam kemahirannya yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Mandarin, Tagalog, Vietnam, German, English, Jepun dan Korea dalam siaran di jepun televisyen. Kim telah disenaraikan didalam Guinness Book of World Records sebagai antara manusia yang memiliki IQ yang paling tinggi, iaitu mencapai 210

Seni hiasan makanan


Hot MySpace Graphics at BlingPixie.com

yummy...












Betapa kreaktifnya manusia sehingga mampu mengeluarkan idea seni keaktif diatas makanan..mungkin anda sayang untuk menyentuh atau makan makanan itu kerana akan merosakkan kecantikan seni tersebut. Namun itu adalah salah satu tarikan untuk pelanggan membelinya..kanak-kanak amat gemar akannya..!

cup cake kini popular dan sering di beli untuk sambutan hari jadi, majlis perkahwinan, sebagai hadiah dan sebagainya. hal ini kerana cup cake kecil dan amat comel setelah dihias cantik. ramai orang gemarkannya kerana cup cake boleh ditempah dengan pelbagai variasi rasa berbanding dengan kek.

Doktor Bedah termuda




Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak lelaki yang dianugerahkan dengan otak yang cerdik yang dia juga digelar sebagai “budak lelaki yang paling bijak didunia”. Dia memiliki IQ 146 yang mengangkatnya sebagai manusia yang paling bijak di India, iaitu sebuah Negara yang melebihi 1 billion penduduknya. Akrit mendapat pehatian masyarakat apabila dia menunjukkan prosedur perubatan di rumahnya pada tahun 2000. Sekarang dia lebih fokus dalam pendidikannya dalam ijazah sarjana muda sains di Chandigarh College..dia merupakan pelajar yang termuda yang diterima oleh pihak Universiti.

Friday, October 2, 2009

Kini tidak dinafikan bahawa kemelesetan ekonomi dunia mula terasa, saya yakin semua ibu bapa mula berjimat selepas musim perayaan lalu..bagi menampung perbelanjaan peralatan dan persiapan anak-anak untuk musim persekolahan pada tahun hadapan. Jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kejayaan anak mereka, mereka berkorban dalam pelbagai aspek iaitu masa, tenaga, kewangan dari segi perbelanjaan dan sebagainya. Mungkin saat ini kita patut merenung berapa duit yang telah mereka gunakan dalam laburan mereka atas harapan agar anak mereka berjaya,mungkin mencapai berjuta-juta?

sekira duit tersebut disimpan saya yakin, mungkin mereka hidup selesa di banglo mewah..namun apabila mereka memikirkan tanggungjawab ibu-bapa yang dipikul menyebabkan segala-galanya terbatas. Terdapat juga segelintir ibu-bapa yang tidak memainkan peranan mereka dengan betul dan tidak bertanggunjawab.Ekoran ini dapat dijelaslah mengapa masalah sosial semakin meningkat..macam-macam ragam golongan remaja kini yang bagaikan menunjukkan protes terhadap ibu-bapa mereka dan juga kerajaan. Mungkin tabiat faktor ibu bapa makan anak semakin berluasa..mereka mempergunakan anak untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki




Seorang budak perempuan berasal daripada tanah besar China, iaitu Qian Hong Yan telah kehilangan kedua belah kakinya akibat terbabit dengan satu kemalangan.,hal ini telah mengubah kehidupannya daripada kanak-kanak riang berlari dan bermain dengan rakan-rakan kepada seorang kanak-kanak yang cacat yang hanya mampu bergantung dengan sebiji bola keranjang untuk memudahkan pergerakannya. Keluarganya yang miskin tidak mampu untuk membeli kaki palsu bagi kegunaannya. Qian Hong Yan seorang kanak-kanak yang riang dan kekurangannya tidak pernah mematahkan semangatnya untuk hidup seperti orang lain.



sikapnya yang sentiasa positif dalam kehidupannya telah mendapat perhatian semua pihak dan pihak hospital menghadiahkan sepasang kaki palsu untuk kemudahan pergerakannya. tidak semua orang mampu melalui saat-saat begitu dengan tersenyum, mulai saat ini bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..ucaplah satu kalimah keramat..ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaMu Ya Allah.