Friday, October 2, 2009

Persahabatan tanpa batasan



Sekitar 1969, John Rendall dan Ace Berg melihat seekor anak singa yang kesunyian dan serabai tidak terurus di dalam sebuah kandang kecil untuk dijual di Harrods, England. Mereka berdua simpati dan ambil keputusan untuk membeli dan membawa pulang ke rumah. Mereka tinggal di kawasan rumah flat, dan penduduk di situ membenarkan mereka untuk bermain-main dengan anak singa tersebut, yang dinamakan Christian di kawasan padang yang berhampiran gereja sekitar kawasan perumahan tersebut. Namun, anak singa tersebut membesar dengan cepat dang tidak lagi sesuai untuk mendiami di rumah tersebut memandangkan mereka tinggal di rumah flat yang memiliki ruang yang agak sempit. Hanya satu jalan yang terbaik yang terpaksa mereka ambil ialah dengan menghantar anak singa tersebut ke Afrika dengan meperkenalkan cara kehidupan asal habitat mereka. Selepas satu tahun berpisah, mereka begitu teringin berjumpa dengan Christian dan melihat bagaimana kehidupan yang telah singa itu lalui, namun mereka telah diberitahu bahawa Christian telah menjadi ketua bagi komuniti singa di kawasan itu dan sudah menjadi liar. Mereka telah dinasihatkan agar tidak pergi ke kawasan itu kerana atas faktor keselamatan dan kemungkinan juga Christian tidak lagi mengenali mereka. Mereka tidak mengendahkan dan ambil keputusan untuk tetap pergi dengan diiringan seorang pegawai yang berpengalaman berkaitan dengan habitat singa di kawasan itu. Selepas berjam-jam mereka mencari dan menunggu dengan sabar, Christian muncul. Apa yang berlaku??amat menyentuh perasaan apabila Christian yang kini menjadi seekor singa liar di Afrika berlari menuju kearah mereka dan memeluk tanpa henti..begitu kuat kuasa kasih sayang..Christian bernasib baik kerana boleh merasa erti kehidupan yang bebas sedangkan ibu dan ayahnya terkurung seumur hidup di sebuah zoo..

p/s: Loves knows no limit and true frienships last a life time, get back with someone today and you'll be glad u did it