Friday, October 2, 2009

Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki




Seorang budak perempuan berasal daripada tanah besar China, iaitu Qian Hong Yan telah kehilangan kedua belah kakinya akibat terbabit dengan satu kemalangan.,hal ini telah mengubah kehidupannya daripada kanak-kanak riang berlari dan bermain dengan rakan-rakan kepada seorang kanak-kanak yang cacat yang hanya mampu bergantung dengan sebiji bola keranjang untuk memudahkan pergerakannya. Keluarganya yang miskin tidak mampu untuk membeli kaki palsu bagi kegunaannya. Qian Hong Yan seorang kanak-kanak yang riang dan kekurangannya tidak pernah mematahkan semangatnya untuk hidup seperti orang lain.



sikapnya yang sentiasa positif dalam kehidupannya telah mendapat perhatian semua pihak dan pihak hospital menghadiahkan sepasang kaki palsu untuk kemudahan pergerakannya. tidak semua orang mampu melalui saat-saat begitu dengan tersenyum, mulai saat ini bersyukurlah dengan apa yang kita miliki..ucaplah satu kalimah keramat..ALHAMDULILLAH..aku bersyukur padaMu Ya Allah.