Friday, October 2, 2009

Kini tidak dinafikan bahawa kemelesetan ekonomi dunia mula terasa, saya yakin semua ibu bapa mula berjimat selepas musim perayaan lalu..bagi menampung perbelanjaan peralatan dan persiapan anak-anak untuk musim persekolahan pada tahun hadapan. Jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kejayaan anak mereka, mereka berkorban dalam pelbagai aspek iaitu masa, tenaga, kewangan dari segi perbelanjaan dan sebagainya. Mungkin saat ini kita patut merenung berapa duit yang telah mereka gunakan dalam laburan mereka atas harapan agar anak mereka berjaya,mungkin mencapai berjuta-juta?

sekira duit tersebut disimpan saya yakin, mungkin mereka hidup selesa di banglo mewah..namun apabila mereka memikirkan tanggungjawab ibu-bapa yang dipikul menyebabkan segala-galanya terbatas. Terdapat juga segelintir ibu-bapa yang tidak memainkan peranan mereka dengan betul dan tidak bertanggunjawab.Ekoran ini dapat dijelaslah mengapa masalah sosial semakin meningkat..macam-macam ragam golongan remaja kini yang bagaikan menunjukkan protes terhadap ibu-bapa mereka dan juga kerajaan. Mungkin tabiat faktor ibu bapa makan anak semakin berluasa..mereka mempergunakan anak untuk kepentingan diri mereka sendiri.