Wednesday, September 30, 2009

Tetamu yang tidak di undang..




Peristiwa mengemparkan berlaku di sebuah bengkel kereta. Apabila munculnya binatang yang dikenali sebagai raja segala hutan muncul secara tiba-tiba menyebabkan Semua pekerja bengkel tersebut lari lintang pukang kerana ketakutan, sampai tahap lompat atas sesame sendiri,sesetengah mereka mengunci diri dalam kereta dan juga dalam pejabat..malahan ada yang lain terus melarikan diri. Tapi ada seorang lelaki yang gagah berani mengambil gambar singa tersebut tanpa mengambil tahu risiko bahaya binatang itu mungkin bertindak ganas,namun mungkin tiada siapa sangka apabila singa tersebut berpusing kearah lain..anda mungkin terkejut dan tiada siapa
akan percaya..!





















Apa yang sebenarnya muncul adalah seekor anjing milik pekerja india yang bekerja di bengkel tersebut..dia mencukur anjing itu seperti seekor singa..boleh dikatakan gurauan pekerja itu amat kena pada tempatnya, ; ) hahaha…

Saturday, September 26, 2009

Salam perkenalan...






Assalamualaikum..ringkasan sedikit mengenai latar belakang saya..iaitu nama saya Fatimah Akmal Ismail merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) semester 3. saya adalah pelajar jurusan Teknologi Media dan berusia 21 tahun, merupakan anak ke tiga daripada 3 orang adik beradik..blog ' discover the beauty of life' menceritakan tentang pelbagai aspek kehidupan, saya ketengahkan banyak cerita kelakar dan juga cerita-cerita pelik yang berlaku sekeliling kita malahan serata dunia. Betapa indahnya kehidupan yang dilalui tanpa kita sedari..salam perkenalan buat semua..!