Saturday, October 3, 2009

Reka bentuk telefon masa hadapan






KECANGGIHAN teknologi telah merevolusikan satu kaedah penciptaan telefon yang canggih dan mungkin telefon ini bakal digunakan pada masa hadapan. Telefon selular tidak hanya digunakan untuk berhubung, menerima atau menjawab pesanan (mesej), tetapi teknologi ini juga telah menjadi pemangkin kepada landasan baru berkreatif, dimana telefon selular boleh memiliki pelbagai fungsi untuk kebaikan kepada pengguna. Seperti gambar yang dipaparkan menunjukkan bahawa telefon tersebut mempunyai multi fungsi sehinggakan mampu untuk memberi info cuaca dan tidak perlu menaip kerana semuanya bagai dihujung jari. Selain itu reka bentuk telefon yang menarik dan amat nipis. Oleh itu, perkembangan teknologi yang pesat bagai tanpa penghujung ini memerlukan penciptaan dan kajian terhadap produk dengan mengambil tempoh masa yang agak lama, dengan ini..pihak kerajaan perlu menggalak lebih ramai pelajar dalam bidang teknologi agar negara ini tidak ketinggalan dari segi pembangunan teknologi.